Sunday, November 13, 2011

pengubahsuaian yang mesti dibuat oleh guru untuk mengajar dan menilai pelajar disleksia.

Satu cara pengubahsuaian asas yang mesti dibuat oleh guru untuk mengajar dan menilai murid disleksia ialah dengan mengasingkan individu ini dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya ketika seisi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Penggunaan dan pengubahsuaian alat bantu mengajar juga haruslah menarik perhatian mereka.

Cara pertama yang boleh dilakukan ialah dengan memberikan mereka alat audio untuk mendengar bunyi sebutan huruf dengan betul. Bunyi sebutan huruf ini haruslah jelas dan boleh ditiru oleh murid dileksia.

GAMBAR

Cara kedua pula ialah dengan menggunakan terapi sentuhan. Contohnya, menulis dan melukis huruf diatas pasir.

GAMBAR

Antara terapi lain ialah dengan merasa huruf diatas permukaan kasar seperti menggunakan kertas pasir, membuat huruf menggunakan kacang atau batu-batu kecil.

GAMBAR

Cara ketiga yang boleh dilakukan ialah dengan membuat huruf menggunakan tanah liat atau plasticine. Dengan menggunakan kaedah ini, murid disleksia lebih fokus dan mengingat cara membuat atau perbezaan sesuatu huruf itu.

GAMBAR

Cara keempat pula ialah menulis huruf dengan menggunakan pelbagai warna. Hal ini disebabkan warna yang pelbagai dapat menarik perhatian murid disleksia.

GAMBAR

Cara kelima yang boleh dilakukan ialah dengan menulis huruf dan nombor bermula dari saiz yang besar hingga ke saiz yang kecil. Hal ini dapat membantu murid disleksia dalam memahirkan pergerakkan tangan untuk menulis sesuatu huruf dan nombor tersebut.

GAMBAR

Seterusnya cara keenam yang dapat dilakukan ialah dengan merancang sebuah permainan yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran. Contohnya dengan menggunakan alat bantu mengajar yang ada unsur permainan.

GAMBAR

Akhir sekali, gunakan juga pengaruh muzik dan lukisan dalam aktiviti pengajaran. Hal ini dapat merehatkan minda murid malahan ianya juga dapat menarik minat murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment