Sunday, November 13, 2011

Banding beza antara kaedah penaksiran formal dan bukan formal.

Penaksiran formal

Perkara

Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Kriteria

Konsep

Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan kumpulan pelajar yang lain

Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Tujuan

Membandingkan pencapaian antara pelajar

Menentukan pencapaian sama ada lulus, lemah dan cemerlang.

Memilih pelajar untuk tujuan pengiktirafan.

Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

Ciri-ciri soalan

Bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yg tinggi.

Soalan yang hamper sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria pelajaran tertentu.

Ciri-ciri ujian

Penentuan gred bagi menentukan pencapaian pelajar dalam pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan penyataan lulus dan gagal sahaja.

Cakupan kandungan

Meliputi tajuk dan kandungan pembelajaran yang lebih luas

Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus.

Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR , SPM, STPM.

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab

No comments:

Post a Comment